Hai, nama saya Lisa Binti Musa. Saya berumur 22 tahun menetap di Kampung Selwej, Pos Kemar, Gerik, Perak.
Tahun lepas saya dimaklumkan dan dikejutkan oleh makcik sendiri bahawa rumah kami dimusnahkan gajah liar pada waktu malam apabila terdapat 6 orang di dalam rumah dan terdapat 6 keluarga di kampung. Beberapa rumah penduduk kampung termasuk rumah saya dimusnahkan oleh gajah liar. Untuk seketika kami tinggal di rumah saudara.
Sedikit tentang diri saya & latar belakang keluarga saya. Pada masa ini saya menjadi sukarelawan dengan Teacher Ayu yang menjalankan pusat Komuniti sendiri di Kuala Betis, Gua Musang Kelantan sebagai penolong guru. Mendapat sedikit elaun sekitar RM 500 sebulan.
Ayah dan ibu saya telah bercerai bertahun-tahun yang lalu. Sekarang saya tinggal bersama ibu dan aunty saya. Mak dan makcik hanya penoreh getah dan bekerja sebagai buruh, untuk pendapatan sampingan mak dan makcik menjual buluh jumlah pendapatan RM 50 hingga 60 seminggu.
Lokasi penempatan kampung saya terletak di kawasan tasik dan perjalanan ke kampung saya mempunyai dua laluan iaitu laluan darat dan laluan sungai.
Laluan darat akan mengambil masa 2 jam sehingga 3 jam bergantung kepada keadaan jalan raya, keadaan jalan yang teruk pada musim hujan dan perjalanan akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke kampung.
Perjalanan melalui sungai kami akan menyewa tambang bot tetapi perjalanan hanya mengambil masa 1 jam dari Royal belum Jati atau Trojan Jati.
Kos yang diperlukan untuk membina semula rumah saya:
Dengan rasa rendah diri, saya ingin meminta dana daripada rakan-rakan untuk membina semula rumah saya.
Updates coming soon…
28 November 2024
17 November 2024
8 November 2024
27 Julai 2024
25 Julai 2024
Berkongsi kempen ini dengan rakan anda mungkin hanya mengambil masa beberapa saat tetapi ia boleh menghasilkan lebih banyak derma.
* By making a donation, you agree to our Terms and Policies.
Berkongsi kempen ini dengan rakan anda mungkin hanya mengambil masa beberapa saat tetapi ia boleh menghasilkan lebih banyak derma.
SOLS Foundation ialah organisasi kemanusiaan yang memenangi anugerah. Misi kami adalah untuk berkhidmat, mendidik & memperkasakan 40% penduduk terbawah dengan pendidikan PERCUMA, pembangunan peribadi, sokongan pekerjaan dan menyediakan akses tenaga kepada masyarakat Orang Asli dan Orang Asal (adat) luar bandar. Yayasan SOLS ialah sebuah organisasi bukan untung yang dikecualikan cukai, berdaftar di Malaysia dengan nombor pendaftaran 200801009737 (811025T).
SOLS Foundation ialah sebahagian daripada SOLS 24/7 Group.
© 2024 SOLS Foundation. Hak Cipta Terpelihara.